Mudah Giveaway By Iezwa Razk



Hai, Assalammualaikum :)




Sapa nak join klik banner ^_^




Arnab Mencicit ^_^

Renungan Jumaat



Hai. Assalammualaikum :)









Arnab Mencicit ^_^

First Giveaway by Nuranis Amar



Hai, Assalammualaikum :)


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiJi-7EMLq-2wUk0VoSs36H4UaA_hOATF5I6yRoEzt5EvD9WyNxzok2rXXioK1M1dqaCeWuuE8YjH3kuPea3bCm1-M7DI_N7OcC7KRQsNqji5IH0mgL-_ml5F7ZwqC7o8FFjFQixTaof-4B/s400/bannergivewaygif.gif
Click banner untuk link ^_^ 

Masa tengah seronok2 blogwalking.Ternampak pula giveaway by Nuranis Amar ni. Arnab pun baru je mule berblogging nie. So, kira macam nie first time la join giveaway semua2 nie. Nie juga giveaway pertama dari Nuranis Amar. ^_^ Nak juga arnab test nasib. Mana tahu boleh menang.

FB : Arnab Mencicit

Hadiah Menarik menanti pemenang ^_^ Arnab tag Anda & Anda  :)


Bosan Khamis



Hai. Assalamualaikum :)






Arnab Mencicit ^_^

Speechless Wednesday




Hai . Assalammualaikum :)





Arnab Mencicit ^_^

Makanan Untuk Kulit ~



Hai. Assalammualaikum :)

Semua orang nak kulit cantik,cerah, anjal , sesemua tu kan. So, arnab nak bagitahu jenis makanan yang boleh membantu kita semua untuk mempunyai kulit idaman hati. Mana ada orang nak kulit berminyak, berjerawat semua tu kan? Boleh lah tukar cara pemakanan untuk mencantikkan kulit dan menipiskan perut.





1.Makanan yang Kaya Antioksidan.

Terdapat pelbagai kebaikan antioksida. Makanan yang kaya dengan antioksida mempertahan kulit dan menganjalkan kulit. Makanan yang kaya dengan antioksida seperti beri biru, beri hitam, delima, epal dan mana-mana buah dengan warna yang gelap. Semakin gelap, semakin tinggi tahap antioksidan di dalam makanan.

2.Air.

Minum air yang cukup. Badan berair membolehkan cecair mengalir antara sel dan menyebabkan kulit kekal anjal dan elastik.

3.Teh Hijau.

Teh hijau memiliki sifat anti-radang, anti-bakteria dan antiviraldan kaya dengan antioksida polyphenol. Vitamin C, D, K, riboflavin, kalsium, magnesium, zink dan zat besi juga terkandung dalam teh hijau. Mengamalkan pengambilan teh hijau bukan sahaja membantu dalam diet tetapi juga memperbaik kulit. Teh hijau digalakkan minum semasa panas.

4.Tomato.

Tiada makanan yang lebih baik dari tomato untuk kulit. Selain mencerahkan kulit, tomato yang kaya dengan beta karotin hebat dalam melawan kesan penuaan. Tomato bertindak meningkatkan kelembapan kulit, pengeluaran kolagen dan menguatkan sel-sel tisu kulit anda. Tomato enak di makan segar, sebagai salad atau di dalam masakan lain. Biasakan diri dengan makan separuh buah tomato dan separuh lagi digosok ke muka atau bahagian kulit yang lain.


 Arnab Mencicit ^_^

Psikologi ~


Psikologi Mempengaruhi Seseorang.


 Hai. Assalammualaikum :)

Semua yang dibawah ni boleh dilakukan dalam kehidupan biasa. Semua orang pernah buat semua benda ni cuma tak perasan saja. Sesuai digunakan apabila seseorang meluahkan perasaan, masalah dan apabila meminta sesuatu dari orang lain. Boleh diguna untuk memikat hati someone special :D  Semua cara nie tak merbahaya kepada seseorang terutama keyakinan seseorang. Banyak lagi cara untuk mendapat kawan tanpa membuat seseorang rasa teruk dan menjadi lebih teruk.


1. MINTA PERTOLONGAN.

Minta seseorang melakukan sesuatu untuk kita. Contoh : Lelaki A meminta Lelaki B untuk meminjamkan buku yang special dan susah untuk didapati dan apabila buku itu diterima Lelaki A mengucapkan terima kasih yang sejujurnya. Hasilnya, Lelaki B yang tidak pernah nak bercakap dengan Lelaki A akan mula bercakap dan semakin lama mereka menjadi kawan baik.Situasi ini boleh dilakukan untuk memulakan persahabatan dengan seseorang.

2. MEMUJI.

Memuji ni memang nampak tak sesuai pada mulanya, tapi ada kebaikan memuji ni. Untuk permulaan, penting untuk kita tahu kalau memuji ni nampak tak ikhlas , akan menghasilkan banyak keburukan dari kebaikan. Tetapi kebanyakan orang yang dipuji, akan memberi reaksi yang positif. Contoh : Lelaki A seorang yang mempunyai keyakinan yan tinggi dan suka menguruskan dan menyusun perasaan dan fikiran dalam satu cara yang sama. Lelaki B seorang yang suka memuji. Lelaki B memuji lelaki A yang mempunyai keyakinan tinggi, Lelaki A akan lebih mudah berinteraksi bersama kerana Lelaki B menilai dan tahu pasal lelaki A sebagaimana lelaki A rasa menilai dirinya.

3. KEPENATAN.




Minta pertolongan apabila seseoran itu penat. Bila seseorang itu penat, dia akan lebih peka terhadap keadaan sekeliling dan apa yang dia dengar sama ada dalam bentuk pernyataan atau permintaan. Sebabnya ialah bila seseorang penat, bukan sahaja fizikal badan yang terganggu tetapi level mental seseorang juga akan menurun. Apabila meminta pertolongan seseorang yang penat, dia tak akan bagi jawapan yang pasti tetapi lebih kepada 'esok/nanti saya buat', kerana dia tak nak membuat keputusan. Keesokan hari, dia akan melakukan pertolongan itu, kerana manusia selalu berpegang kepada kata2; psikologi semulajadi apabila seseorang mengatakan akan melakukannya.

4. DIAM.

Kita tak perlu memberitahu seseorang itu salah kerana benda ini akan memberi keburukan. Ada cara untuk menunjukkan ketidaksefahaman dan menukarkan ia menjadi perbualan yang sopan tanpa memberitahu bahawa mereka salah dan akan menyerang ego mereka. Manusia ada ego, tinggi dan rendah ego berbeza tapi ego nie berbahaya. Daripada kita bertekak kerana salah faham itu, baik kita dengar apa yang mereka cakap, fahami percakapan itu untuk mengetahui perasaan dan sebab mereka. Lepas itu, kita jelaskan perkara yang kita nak kongsi dan gunakan sebagai starting point untuk menjelaskan keadaan kita. Ini membuatkan mereka tertarik untuk mendengar dan membenarkan kita untuk membetulkan kesalahan mereka tanpa memalukan mereka. 




5. TURUN DAN NAIKKAN KEPALA (ANGGUK/NOD)
Apabila seseorang mengangguk sementara mendengar sesuatu, orang itu lebih cenderung untuk bersetuju dengan perkara yang didengar. Apabila sesorang dihadapan kita, mengangguk dengan kerap, semulajadi kita akan membuat perlakuan yang sama, kerana manusia selalu meniru perbuatan seseorang(mimicking).Kalau nak jadi seseorang yang meyakinkan, angguk secara biasa sepanjang perbualan. Orang yang kita cakap akan terikut dengan perbuatan kita dan akan mula setuju dengan apa yang kita perkatakan tanpa disedari.

Diet~

Tips Untuk Kita. 


Hai. Assalamualaikum :)

Kebanyakan kita semua nak badan sihat, minda cerdas kan ? Arnab pun sama juga. Perut arnab makin ke depan ni. Duduk rumah,makan ,tidur aje. Memang la perut ke depan kan ? Arnab pun cari la tips yang boleh arnab guna untuk mengurangkan perut ke depan ni. Tips ni sesuai untuk kita .


(Makan banyak ni.Lepas makan baring terus. Memang perut kedepan)


1) Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)

2) Kunyah sampai 30-40 kali.

Kunyah banyak2 dapat buat senaman. Dapat la juga kurangkan pipi2 arnab bulat ni. Makin banyak kunyah, makin banyak air liur, tak payah la asyik makan berganti air aje. Tak baik amalan makan berganti air.

3) Minum air hanya 15-30 minit lepas makan.

Hihi. Makan jangan berganti dengan air selalu. Kalau dah nak tercekik , boleh la. Kalau memang niat nak makan berganti air , elok la dikurangkan amalan tu.

4) Minyak zaitun.

Minyak zaitun dikatakan boleh mengatasi masalah darah tinggi, membantu penghadaman dan mengurangkan gastrik, rendahkan tahap kolestrol merbahaya. Minyak zaitun takde kolestrol mcm minyak2 biasa, jadi dah guna boleh simpan lebihan minyak tu dan guna balik.

5) Berus gigi sebelum tidur. 

Bila bangun pagi,  minum la segelas air, terus minum tak payah gosok gigi dulu. Cikgu arnab kata buat cara ni boleh membantu mendapatkan rupa perut idaman.Sebelum tidur , gosok gigi dulu .


World~

Apa akan Jadi.


Hai. Assalamualaikum :)

Post ini ada gambar sahaja. Fikir2kan pasal gambar ini dan maksudnya.





Arnab Mencicit ^_^



Trend ~

Gwiyomi.



 
Hai. Assalammualaikum :)

Macam biasa la kan. Arnab nie keje beronline sahajala. Arnab pun kadang2 selalu la juga layan youtube.Tengah seronok layan youtube, ternampak pula video2 pasal gwiyomi. Seronok la juga layan video gwiyomi nie. Macam2 video dan karakter orang pun ada. Ada yang tergedik sane , ada yang tergedik sini. Arnab pun tengok je la mana yang patut. 

 Arnab pun cari la pasal Gwiyomi kat GOOGLE. Gwiyomi nie maksudnya comel/cute. Patut la kaum perempuan rajin buat pasal video nie (perempuan kan semua cute).Sebutan Gwiyomi ini ialah kiyomi(senang nak sebut) dan merupakan sebuahlagu yang dipopularkan oleh penyanyi K-Pop bernama Hari. Nak tahu pasal gwiyomi tengok kat SINI .Lagu ini diinspirasikan dari gerakan tangan yang dicipta oleh ahli kumpulan BTOB iaitu Jung Ilhoon. Gerakan itu dipanggil “Gwiyomi Player” dan ia merupakan pergerakan tangan sambil mengira nombor dalam gaya yang comel.Nak buat gwiyomi nie kena la handal guna jari, dah handal baru la comel. Fenomena ini menjadi ikutan kerana melodi dan lirik lagu yang sangat comel dan pengikut yang mengikuti lagu ini sememangnya sangat comel.
Nie ada tips macam mana nak buat gerakan tangan itu .



 (Arnab pun nak buat gwiyomi)




Arnab Mencicit ^_^


  

Kesengalan #2



Hai . Assalammualaikum :)

Kesengalan #2. Layan ~



  
(buat macam ni masa dompet nipis)


Arnab Mencicit ^_^


Pesanan ~

Nasihat.


Empat Pesanan Rasulullah :)

Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra.

"Ya, Aisyah !! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara iaitu :

1. sebelum khata Al-Quran
2. sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat
3. sebelum para muslimin meridhai engkau
4. sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah "

Bertanya siti Aisyah :
"Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasulullah tersenyum dan bersabda :

1. "Jika engkau akan tidur , membacalah surah al-ikhlas tiga kali
     seakan-akanengkau telah meng-khatamkan Al-Quran

” Bismillaahirrohmaan irrohiim,
‘Qulhuallaahu ahad’ Allaahushshamad’ lam yalid walam yuulad’ walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “

2. "Membacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat “

“ Bismillaahirrahmaan irrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa Muhammad wa’alaa aalii Muhammad ( 3x ) “

3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meridhai engkau

“ Astaghfirullaahal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih ( 3x )

4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah

“ Bismillaahirrahmaan irrahiim, Subhanallaahi Walhamdulillaahi walaailaaha illallaahu allaahu akbar ( 3x )

( Tafsir Haqqi)

Wallahu a’lam bishawwab..


Arnab Mencicit ^_^

Google~

Translations.

Hai. Assalammualaikum :D

Hari ini arnab nak cerita pasal something la. Pasal translations (makna kasar terjemahan). Macam biasa arnab selalu ronda2 facebook tu selain dari ronda2 blog. Arnab ada jumpa something yang menarik.
Kita buat ikut step okay ? ~
1. Mula2 kalian semua boleh lah pergi ke google translate.
2. Taip "will 2pac ever die". (nanti kalau dah faham boleh tukar ayat itu dengan ayat lain)
3. Translate dari English ke Vietnamese.
4. Copy translate Vietnam itu.
5. Selepas itu translate semula ayat Vietnam itu ke English.
6. Tengok hasilnya :) kalau tak jadi , buat sampai jadi. (tak pun tanya aje)


Arnab Mencicit ^_^

Bumi ~

Gempar Bumi.

Hai. Assalammualaikum. 

Arnab tadi tengah seronok2 menjelajahi internet . Banyak benda sebenarnya kat internet ni.Then arnab terjumpa la satu berita ni.(berita sedih) Arnab nak cakap pasal gempa bumi kat China.

Gempa bumi adalah suatu fenomena pergerakan permukaan bumi disebabkan oleh pergerakan yang mengejut di permukaan bumi yang berbatu. Gempa bumi kat China nie dipercayai mengorbankan 71 orang dan lebih 600 cedera. Mangnitude: antara 6.6-7.0. Berlaku pukul 8.02 masa tempatan.






 p/s ; nak full news cari kat (news.sky)


Arnab Mencicit ^_^  

KetidakSenonohan #1




 Tak Senonoh #1

Hai Assalammualaikum

Okay. Hari ini arnab nak post pasal status salah seorang facebooker(ada ke macam ini). Orang yang post status ini seorang perempuan. Arnab bukan nak bash kaum perempuan. Tapi tengok la sendiri status perempuan ini. Tak tahu arnab nak cakap apa. Kesian pun ada. Geram pun ada.



 (ini muka arnab terkejut masa baca status dia)


 
(ini status dia)


 
Ish3.Dunia dah semakin teruk. Ramai sangat orang begini. Semoga mereka diberi hidayah oleh Allah S.W.T. dan moga2 kita dijauhkan dari seksa neraka. Korang nilai la sendiri status dia itu. 

"Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan."
  

Arnab Mencicit ^_^

Kesengalan #1



Hai, Assalammualaikum :)

Kesengalan #1. Layan ~~





Arnab Mencicit ^_^

Bola Bulat.


Bowling.


Hai. Assalammualaikum  :D


Rasanya semua orang tahu pasal bowling. hihihi. Bowling adalah permainan yang ada bola, ada 3 biji lubang untuk kita letak jari, ada lane, ada bowling pins. Nak main bowling firstly kena ada kasut lah, stokin lah and kena la bayar before main. Main bowling ni agak senang sebab nak jauhkan bola tu dari masuk longkang je. Longkang adalah patut dielakkan dalam permainan bowling ni. 




(Muka mula2 nak main bowling, muka fresh lagi)


Ada yang hebat main bowling, ada yang first time, ada yang biase. Aku cuma pemain biasa, yang memakai baju biasa, stokin biasa dan pergi main bowling 3 bulan sekali. Nak la mengaku kat sini arnab nie tak berapa reti sangat main bowling (main bowling selalu masuk longkang). Tapi yang penting main bowling nie dapat mengeratkan hubungan antara keluarga(kalau main dengan keluarga), antara member dan sesapa saja. Orang sebelah lane pun kita boleh borak2,sembang2 (lagi2 kalau orang sebelah lane group perempuan). 

Tadi arnab pergi main bowling, tempat best , sejuk, ada jual2 makanan, kasut baru(tempat baru buka). Kira macam berbaloi la pergi main bowling tadi and harga murah(arnab main rm3 satu game tadi) Arnab main kat area2 batu pahat, kat Summit. Orang Batu Pahat mesti tahu tempat ni. Itu ajela nak bagitahu. Terima kasih.


(Muka lepas main bowling + lapar + penat)


Arnab Mencicit ^_^

After Life.

Life after SPM.

Sejujurnya life after spm sebelum masuk sambung belajar sangat2 BOSAN kalau takde buat ape2. Mase 3-4 bulan takde buat apa2 memang sangat mencabar. Ada yang pergi kerja (dapat income) ,pergi plkn (kerajaan panggil) , ada lepak2 kat umah (macam aku) dan ada juga yang belajar. Banyak sebenarnya option yang kita ada lepas spm.




Aku nak cerita la pengalaman aku nie.(pengalaman tak banyak tapi nak cerita juga) Cerita bermula masa aku form 5. Masa form 4 tak payah cerita ,lebih kurang macam cerita orang lain gak. Form 5 masa yang paling last aku dalam sekolah. Belajar pun tak belajar. Lepak2 aje dengan member2 aku. Masa tu rase SPM tak penting pun. hihihih. Kebanyakannya semua orang lebih kurang gitu la. Aku pula sekolah biasa je. So macam takde had la lepas sekolah nak buat apa. Aku selalu online facebook, baca2 blog semua tu la.

Mak and Pak aku pun ada la tegur aku. Mak Pak aku cakap belajar la kan dah nak SPM. Aku pun iyeekan je la walaupun tak buat. Kat sekolah aku macam biase, keje takda la siap semua. Last2 sampai la time aku SPM. Aku pun jawab la macam apa aku belajar. Sama la dengan member2 aku semua. Habis SPM aku rasa relaxxx duduk kat umah . Aku bukan kerja pun. Just ambek lesen kereta.Masa nie dah takda rase tension or stress yang aku dapat masa SPM tu.


Masa bulan pertama habis sekolah, aku rase errrrmmm boleh la , seronok la juga.
Masa bulan kedua, aku dah start rasa kosong. macam takda benda nak buat.
Masa bulan tiga, aku memang bosan gila. Bosan yang teramat sangat.

Tapi dalam masa ni la kita dapat nilai balik diri kita macam mana. Kita dapat tengok perubahan2 yang ada kat luar ni. Kita dapat rasa apa yang orang lain rasa lepas tamat sekolah. Sebenarnyakan masa form 5 memang kita akan rasa something yang akan menghalang. Kalau boleh masa form 5 tu berhentikan la semua2 alat yang boleh mengganggu kita ni. Baik sambung study dari bazir masa macam aku.

Hihihih. Jangan la jadi macam aku ni. Belajar malas . Kecewakan mak pak aku. Nasib baik Mak Pak aku terima result SPM aku. Kalau tak terpaksa aku repeat SPM. hahaha. Kalau,Kalau la. Result SPM aku ermmm susah nak cakap. Aku letak gambar je la. Korang nilai sendiri.


 p/s : Nie muka aku masa ambil result. Hahaha. (terpaksa pinjam gambar kucing, arnab takda pula gini)




Arnab Mencicit ^_^


Otak ----> Mulut

Brain or Mouth?

Mari aku jelaskan apa aku nak cakap nie. Bercakap perkara yang common dalam hidup semua orang. Purata kita cakap2 sehari 5000 perkataan. Dalam 5000 perkataan tu ada yang kita cakap dalam hati dan cakap dengan orang lain.

Tapi bukan semua yang kita cakap tu kita susun dalam kepala then baru kita cakap. Ada yang macam nie tapi kebanyakan semua cakap lepas. Benda nie nampak simple dan senang tapi setiap orang ada perasaan. Maksud aku ialah ape yang kita cakap tu mungkin menyakitkan hati orang walaupun benda yang kita tak sedar. Cakap2 dengan member pun kadang2 ade yang terasa hati padahal nak gurau2 je.

Kalau semua orang jenis open minded tiada masalah tapi kita hidup dalam dunia yang ada macam2 ragam manusia.Ada yang jenis narrow minded and easily offended and sensitive. Benda2 nie kene ambil kira dulu sebelum bercakap.It is easy if everyone has one thought only but we are human with alot of lack and different brains.

Tapi ada juga yang jenis berfikir dalam otak , ayat dah betul dah , sampai je masa nak cakap ayat2 tu semua jadi macam tunggang langgang. Macam bawah ni :





  
Kebanyakan orang yang lepas cakap nie sebenarnya jujur. Dia akan cakap something yang terlintas dalam fikiran dia dan maybe orang yang dengar cakap dia tu boleh terima dan cuba nak berubah. Better orang yang jujur dari orang yang hipokrit.Dalam hati cakap lain, kat mulut cakap lain. Bukan semua orang baik dan bukan semua orang jahat. Ada yang jenis suka buat jahat lepas tu tak mengaku macam baling batu sembunyi tangan.





Arnab aku selalu kena marah dengan arnab jiran sebelah sebab dia nie macam jenis suka cakap separuh.

Arnab Rumah Aku     : Aku nak tanya something nie dekat kau. Berhenti la buat benda tu.
Arnab Jiran Sebelah   : Haa, apa, cepat la tanya.
Arnab Rumah Aku     : Aku nak tanya something nie. Errr. Errrrr. Tak jadi la tanya.
Arnab Jiran Sebelah   : Kau nie dah kenapa? tadi nak tanya sangat. Lepas tu tak jadi . Apa masalah ko?
Arnab Rumah Aku     : Ala. Sorry la. Sorry sangat2.

Memang nampak benda remeh-temeh tapi tak pasal2 member tu marah dengan kita. Lain kali fikir dulu sebelum cakap. Fikir masa nak cakap dan berhenti separuh cakap memang akan kena sound la dengan orang lain.Ada beza antara orang yang cakap lepas dengan orang yang memang berniat nak kurang ajar. Kene tengok niat. Semua benda kene ada niat. So kesimpulannya, baik kita berfikir dahulu sebelum kita bercakap untuk mengelakkan dari buat orang lain kecil hati ngan kita. Tak baik woo buat orang sakit hati.



Arnab Mencicit ^_^


Saat Blog Dibuka



Malam Yang Malap.


18/4/2013. Aku dapat idea untuk buat blog nie lepas mendapat ilham (dari mane datang ilham pon tak diketahui) . Blog ini akan digunakan untuk aku menceritakan keadaan sekeliling aku since aku bangun pagi,tak gosok gigi,makan sarapan(mak aku buat) dan isu2 semasa. Bermulalah blog arnab aku mencicit nie.(aku kene ingat tarikh nie).



Arnab Mencicit  ^_^

New Blogger

 

Amateur / Freshman / Beginner


 Hai. assalammualaikum.

Aku orang baru dalam dunia blog nie. Harap diberi tunjuk ajar untuk terus bersama dalam blog nie.